Monetising Trust ni sebenarnya apa?
Dan, pernah dengar “Coffee Stain” di dalam concept customer service? (Kalau tak lagi, sila tanya Abang Google.)
Takpe, saya cerita sikit. Ini cerita benar. Cerita dari pagi tadi.
Pagi tadi saya terima call dari seorang rakan yang baru dapat client. Client ni seorang fashion designer. Perjanjiannya ialah rakan ni akan menulis news mengenai fashion designer ni di dalam socmed dan juga news prints.
Client dah bayar untuk kos service. (Ok, ini part monetising trust – sebab client trust on her ability to deliver what has been promised). Malangnya, rakan ni pergi outsource penulisan tu ke orang lain yang takde inisiatif pun untuk double check kesahihan berita/gambar yang keluar. Rakan pun tak check sebab “rush for time” katanya.
Client pun marah lah sebab janji tidak dikota. (Ini lah part coffee stain nya.) Client will start to wonder, if you had blundered on this one, what else have you blundered and I don’t know about it?
Trust, atau kepercayaan ni sangat mahal. It is priceless sebab value nya ialah infiniti. Kita setiap hari sebenarnya berfungsi dengan kepercayaan ni. Kita percaya yang lampu jalan di tepi rumah tu akan menyala bila jam 7 pm, traffic light di simpang rumah akan berfungsi setiap hari, bekalan air sentiasa ada, petrol station akan dibuka setiap hari, supermarket yang kita pergi tu akan dibuka pada jam 8.30 am dan akan menjual jenama barangan yang kita suka dan percayai. Beli susu anak pun beli brand yang kita percaya. Alah, tak payah susah, beli garam pun begitu, ya tak?
Itu lah monetising trust.